Video muzik Désert

Émilie Simon mengeluarkan ranting-ranting dari lengannya.

Video muzik bagi lagu "Désert" telah diarah oleh Philippe André[1] dan diterbitkan oleh Wanda[2].

Video muzik ini bermula dengan Émilie Simon bertubuh kecil (mungkin sekali sebuah patung) sedang duduk di atas kerusi di bawah lampu. Beliau telah menarik jerami-jerami serta ranting-ranting dari kedua-dua lengannya. Kita dapat lihat bahawa bunga-bungaan pada ranting-rantingan tersebut mekar sebaik sahaja dikeluarkan daripada lengan beliau. Seterusnya sepasang tangan yang besar muncul, lalu bertindak dengan menarik kesemua ranting dan jerami yang terkeluar lalu menjahit lengan Émilie Simon kembali. Video ini berakhir dengan sepasang tangan tersebut berundur (perhatikan bahawa tangan tersebut kini bersaiz sama dengan tangan Émilie Simon). Akhir sekali, kita dapat lihat Émilie Simon, yang telah besaiz normal, duduk di atas kerusi tersebut (menunjukkan Émilie Simon telah bertukar daripada "patung" ke "manusia" semasa video muzik ini sedang berjalan).